Jeda kemanusiaan 4 hari yang dipersetujui antara H4m4s dan rejim Zi0n!$ melalui perantaraan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat akan berakhir Selasa, 7 pagi waktu tempatan (1 tengahari Malaysia).
Antara yang dipersetujui sepanjang 4 hari ini ialah kedua-dua belah pihak menghentikan serangan, membenarkan 200 trak bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza pada setiap hari, dan melaksanakan pertukaran tawanan.
Jeda kemanusiaan ini walau bagaimanapun hanya terpakai di Gaza. Sebab itu rejim Zi0n!$ masih bebas melakukan pencerobohan dan serangan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat.
Pertukaran tawanan pula hanya akan melibatkan 50 orang rakyat Isr4el dan 150 orang rakyat Palestin di dalam penjara Isr4el (1 nisbah 3) yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Menurut statistik Addameer, terdapat 62 orang tahanan wanita dan 200 orang tahanan kanak-kanak Palestin di dalam penjara Isr4el.
Dalam waktu yang sama terdapat sekurang-kurangnya 70 orang wanita dan 30 orang kanak-kanak Isr4el di dalam tawanan H4m4s.
Dengan kata lain, pertukaran tawanan dalam tempoh empat hari ini masih tidak cukup untuk melepaskan semua tawanan wanita dan kanak-kanak yang ada. Empat hari ini adalah ujian sejauh mana pertukaran ini boleh dilaksanakan.
Pertukaran tawanan tertunda seawal hari kedua selepas H4m4s mendakwa rejim Zi0n!$ melanggar syarat perjanjian. Antaranya ialah rejim Zi0n!$ hanya melepaskan 61 trak bantuan kemanusiaan ke utara Gaza sedangkan H4m4s mahukan majoriti bantuan dihantar ke sana.
Selain itu, H4m4s mendakwa rejim Zi0n!$ tidak membebaskan tahanan Palestin berdasarkan kriteria yang ditetapkan. H4m4s mahu tahanan yang telah lama dipenjara dibebaskan terlebih dahulu. Rejim Zi0n!$ sebaliknya membebaskan tahanan yang baharu dan tahanan yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum dibebaskan.
H4m4s telah menyatakan kesediaan untuk menyambung jeda kemanusiaan dengan membebaskan lebih banyak tawanan. Rejim Zi0n!$ juga telah menyatakan kesediaan untuk menyambung jeda kemanusiaan selama sehari untuk setiap 10 orang tawanan Isr4el yang dibebaskan.
Namun, hakikatnya ia tidaklah semudah itu. Pertukaran tawanan yang seterusnya pasti lebih rumit kerana ia akan mula melibatkan tawanan dari kalangan tentera Isr4el. Siapa yang akan dibebaskan terlebih dahulu dan nisbah pertukarannya sudah pasti akan menjadi pertikaian.
Hal yang sama akan berlaku untuk tahanan Palestin. Siapakah pemimpin H4m4s yang ingin dibebaskan dan apakah nisbah yang munasabah di pihak rejim Zi0n!$? Hal ini pasti akan menambah rumit proses pertukaran.
Rejim Zi0n!$ hampir pasti tidak mahu mengulangi kesilapan mereka pada tahun 2011 ketika mereka menukar seorang tenteranya yang ditawan, Gilad Shalit, dengan 1,027 orang tahanan Palestin.
Antara tahanan yang dibebaskan dalam pertukaran tersebut ialah Yahya Sinwar. Beliau kini adalah Ketua Biro Politik H4m4s di Gaza dan dipercayai orang penting yang merancang Operasi Taufan al-Aqsa.
Kemungkinan jeda kemanusiaan ini dilanjutkan juga bergantung kepada optik yang berjaya dicipta oleh kedua-dua belah pihak terhadap pertukaran tawanan yang sedang berlangsung. Sejauh manakah pertukaran ini menunjukkan kejayaan berada di pihak H4m4s mahu pun Isr4el.
Sekiranya ia dilihat sebagai satu bentuk kekalahan dengan pihak musuh dilihat mendapat keuntungan yang lebih banyak, hampir pasti perang akan dilanjutkan semula. Jika ia dilihat sebagai satu bentuk keuntungan, jeda kemanusiaan ini boleh jadi akan dilanjutkan.
H4m4s dan rejim Zi0n!$ sedang berlumba-lumba mencipta optik yang mereka mahukan.
H4m4s dilihat sengaja membebaskan kumpulan ketiga tawanan di bandar Gaza berbanding di wilayah selatan untuk menunjukkan kumpulan itu masih wujud dan kuat bertahan di ibu kota Gaza sungguh pun dikepung oleh rejim Zi0n!$.
Netanyahu pula melakukan ‘public relation exercise’ dengan melawat tenteranya di Gaza; menjadikan beliau Perdana Menteri pertama yang masuk ke wilayah itu sejak dua dekad yang lalu.
Ketika ini tidak banyak kepercayaan di antara kedua-dua belah pihak. Semua bergantung kepada kemampuan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat untuk memberi jaminan bahawa jeda kemanusiaan ini menguntungkan kedua-dua belah pihak khususnya Isr4el yang masih bertegas untuk meneruskan serangan sebaik jeda kemanusiaan ini tamat.
– Khalid Jimat,
Ketua Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).